GAMBARAN UMUM MADAGASCAR
Madagascar terasing daripada Afrika lebih daripada 150 juta tahun dahulu. Hal ini kerana, kebanyakan tumbuhan dan haiwan yang ditemui dalam pulau tersebut boleh didapati di mana sahaja di atas muka Bumi.
Oleh sebab itu, Madagascar tidak dihuni oleh manusia sehinggalah 2000 tahun dahulu. Malagasi -- adalah nama yang merujuk kepada penduduk pulau tersebut -- merupakan penghijrah dari Indonesia yang datang dengan merentasi Lautan Hindi. Selepas itu, barulah orang Arab dan Afrika datang dan membuat beberapa sumbangan penting terhadap keunikan amalan budaya di pulau tersebut.
Setelah sekian lama dilabel sebagai tempat yang sentiasa didatangi oleh lanun-lanun di sepanjang pantai timurnya, Madagascar telah dijajah oleh Perancis pada akhir abad ke-19. Madagascar mencapai kemerdekaan pada tahun 1960 dan kini telah menjadi sebuah negara demokratik.
Hidupan Liar Madagascar
Terdapat sekitar 75% spesis di Madagascar adalah endemis, ia bermaksud mereka tinggal di kawasan lain di dunia. Pulau ini adalah 'rumah' kepada haiwan yang aneh termasuk lemur (kumpulan primat), tenrec (sama seperti landak berduri), sumpah-sumpah yang berwarna terang, fossa yang menyerupai harimau puma, dan pelbagai lagi makhluk lain. Malangnya, disebabkan oleh pemusnahan habitat dan pemburuan, banyak haiwan Madagascar yang unik telah terancam dengan teruk.