FLORA MADAGASCAR
Salah satu tumbuhan yang paling terkenal di Madagascar ialah pohon Baobob yang mana kelihatan seperti tumbuh secara terbalik. Baobab pada kebiasaannya mendiami bahagian kering di Madagascar. Mereka menyimpan sejumlah besar air di dalam batangnya yang bulat bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran. Orang Malagasi tempatan mengambil kesempatan dengan menggunakan air dalam batang pohon tersebut apabila kehausan.
Madagascar juga menjadi rumah kepada ekosistem yang sangat unik - yang segalanya boleh ditemui di tempat lain di atas Bumi. Ditemui di bahagian kering di barat daya pulau, hutan berduri ini penting kerana hampir semua jenis tanaman dilitupi dengan duri tajam. walaupun tumbuhan tersebut kelihatan seperti kaktus, tetapi mereka tidak berkaitan sama sekali. Lebih kurang 95% daripada spesis yang ditemui di Gurun Berduri adalah endemik.
Madagascar mempunyai hampir 1,000 spesis orkid, yang mana 85% adalah endemik.
Salah satu tanaman Madagascar digunakan sebagai ubat kepada penyakit kanser. Periwinkle yang berwarna merah telah digunakan untuk merawat penyakit Limfoma Hodgkin dan leukemia di kalangan kanak-kanak.