PENYAHUTANAN DI MADAGASCAR
Penebangan-dan-pembakaran untuk pertanian
Penebangan-dan -pembakaran untuk pertanian dikenali sebagai "tavy" di kalangan orang Malagasy tempatan dan ia sangat penting kepada budaya dan ekonomi mereka. Tavy kerap digunakan untuk menukar hutan hujan tropika di Madagascar kepada sawah. Pada kebiasaannya satu atau dua ekar hutan ditebang dan dibakar, kemudian ditanam dengan padi. Selepas satu atau dua tahun pengeluaran, kawasan tersebut tidak akan digunakan untuk tempoh 4-6 tahun sebelum proses tersebut diulangi. Setelah melalui 2-3 kitaran, tanah tersebut akan kekurangan nutrisi dan berkemungkinan ditumbuhi oleh semak atau rumput. Pada lereng pula, tumbuhan renek selalunya tidak berupaya untuk mencengkam tanah dan seterunya menyebabkan hakisan dan tanah runtuh.
Bagi kebanyakan orang Malagasi, Tavy adalah cara yang paling berkesan bagi menyara keluarga mereka, persoalannya adakah wujud sedikit kebimbangan terhadap kesan jangka panjang akibat tindakan yang mana menjadi mata pencarian mereka. Pada pandangan mereka, selagi masih ada hutan yang boleh dibersihkan, anda boleh menggunakannya sebelum jiran anda menggunakannya. Tavy bagi tujuan penanaman padi umpama satu ikatan spiritual dan budaya yang melangkaui nilai ekonomi dan nilai beras itu sendiri sebagai sejenis tanaman.
Pembalakan
Pembalakan menjadi masalah utama bagi hutan hujan di Madagascar terutamanya di semenanjung Masoala. Nilai pasaran yang tinggi bagi kayu keras Malagasi (kebanyakkanya jenis ebony dan rosewood menjangkau $2,000 per tan di pasalam antarabangsa) telah menyebabkan masalah pembalakan haram adalah sinonim dengan kawasan hutan simpan.
Kayu bakar dan pengeluaran arang
Hutan berduri Madagascar yang endemik sedang ditebang untuk pengeluaran arang berada pada tahap yang membimbangkan. Demi memenuhi keperluan hidup, mereka menjual tompokan kecil arang di sepanjang jalan di barat daya Madagascar, masyarakat tempatan biasanya menjadikan pokok Alluadia sebagai sumbernya.